Isnin, 11 Ogos 2014

Tadarus Bersama Mualaf PERKIM - Usaha kami mengenali asnaf

Bagi mempertingkatkan ibadah dan amalan sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan telah menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran sempena sambutan Nuzul Quran bersama saudara muslim 1435H bertempat di Surau Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Kehadiran saya sebagai wakil dari University College Bestari dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) adalah untuk menyesuaikan diri dan mengenali lebih rapat lagi dengan golongan saudara muslim ini. Mereka yang hadir terdiri daripada saudara muslim berbangsa Cina, India, Filipina, Indonesia dan Siam.

Turut hadir adalah Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor dan Pengarah Dakwah PERKIM, Abdul Hanif Harun.

Semoga dengan persahabatan ini, lebih ramai ibu bapa di kalangan saudara muslim menyedari bahawa terdapat Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti PEYATIM sentiasa membuka pintu untuk membantu anak-anak mereka terutama lepasan sekolah yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPT.

Semoga PERKIM terus sukses membina ummah!.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan