Biasiswa dan Tawaran Khas Pendidikan Tinggi



TAWARAN KHAS PENDIDIKAN TINGGI UNIVERSITY COLLEGE BESTARI UNTUK
ANAK YATIM ATAU MISKIN

  • Pengambilan Jun/Julai (Minggu Akhir/Pertama)
  • Pengambilan November/Disember (Minggu Akhir/Pertama)

Salam hormat dari kami, University College Bestari (UCB), Setiu, Terengganu. UCB dengan sukacitanya menawarkan pelajar lepasan SPM di kalangan anak-anak yatim atau miskin di Kuala Lumpur, dengan Tawaran Khas Pendidikan Tinggi untuk mengikuti program pengajian di UCB.

           UCB adalah merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). UCB adalah IPT yang pertama berusaha memartabatkan anak-anak yatim atau miskin pelbagai kaum di seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik untuk mendapatkan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu, penubuhan UCB tidaklah bermotifkan keuntungan semata-mata tetapi lebih ke arah kebajikan.

           Untuk makluman, pihak kami berhajat untuk memaklumkan tentang tawaran pengajian program Diploma dan Ijazah di UCB. Tawaran yang dimaksudkan adalah pendaftaran pengajian sebanyak RM100, pinjaman MARA / PTPTN, kemudahan asrama dan elaun makan minum. Syarat kelayakan minimum program Diploma adalah 3 kredit dan program Kursus Asasi Ijazah adalah 5 kredit.

   



Tiada ulasan:

Catat Ulasan