Jumaat, 15 Ogos 2014

Pelajar Lepasan Matrikulasi, Pusat Asasi gagal ke IPTA?

Masihkah ada sinar harapan buat mereka yang gagal mendapat tempat di IPTA?

Jawapannya "ADA" kerana ada IPTS yang membela nasib pelajar-pelajar ini, contohnya seperti University College Bestari (UCB).

University College Bestari (UCB) adalah IPTS yang TIDAK BERORENTASIKAN KEUNTUNGAN. UCB bukan sahaja diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi malah mendapat pujian dari seluruh Malaysia kerana IPTS ini memartabatkan pendidikan anak yatim dan miskin.

Kalayakan masuk ke University College Bestari tidak semestikan ibubapa mesti berduit. Jadi, kepada ibubapa yang tiada sumber kewangan boleh mendaftar pada kadar bayaran minumum di luar dari jangkaan ibubapa.

Lulusan UCB juga setaraf dengan lulusan IPTA kerana program Diploma / Ijazah yang diperolehi diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Selain dari tawaran biasiswa, UCB juga memberi bantuan kebajikan dalam bentuk kewangan sekiranya pelajar dalam kesusahan. Elaun bulanan untuk pelajar juga disediakan.

Oleh itu, janganlah putus harapan. Teruskan hidup dengan keputusan yang bijak!




Gagal SPM? Gagal PMR/SRP?

Mengapa perlu bersedih sampai ada yang hendak membunuh diri kerana gagal dalam pelajaran? gagal dalam pelajaran bukan kesudahan cerita hidup!

Kami ingin melihat anda berjaya dalam hidup. Sertai pelajar-pelajar kami di Kolej Teknologi Bestari (KTB) dan Institut Kemahiran Bestari (IKB). 



Antara Program Diploma dan Asasi?

Ramai pelajar bertanya kepada saya..
"Yang Mana Lebih Baik Antara Program Diploma dan Asasi?" 
Jawapan saya seperti berikut:
1. Pelajar hendaklah maklum bahawa program diploma merupakan asas untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir. Ini bermakna selepas tamat kursus pelajar boleh terus berkerja dengan kelayakan diploma tersebut.
2. Program asasi merupakan pembuka jalan untuk pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. Dengan kelayakan ijazah sarjana muda, pelajar boleh menjadi ahli professional dan seterusnya mendapat tangga gaji yang lebih tinggi dari pekerja dengan kelayakan diploma.
3. Sekiranya pelajar mendapat 5 kredit, dia tak perlu takut untuk menerima tawaran program asasi. Pelajar akan lebih yakin untuk melangkah ke peringkat ijazah sarjana muda setelah melalui program asasi. Sekiranya pelajar mendapat keputusan baik dalam peperiksaan akhir di tahun asasi, jalan untuk mendapat Pinjaman MARA adalah lebih mudah. 
4. Pelajar yang mendapat 5 kredit tak perlu membuang masa melalui program diploma kerana dengan mengikuti program asasi, pelajar sudah jimat 2-3 tahun untuk tamatkan pengajian. Ini  kerana diploma mengambil masa 3 tahun pengajian dan jika pelajar sambung ke peringkat ijazah, pelajar 2-3 tahun lagi untuk graduasi. 
5. Setiap pelajar yang mendapat 5 kredit yang memohon program asasi University College Bestari akan diberi biasiswa penuh.
6. Pelajar yang mendapat 1-4 kredit digalakkan memilih program diploma yang bersesuaian dengan minat dan cita-cita. Jika pengajian dibuat sambil lewa dan didapati gagal di peringkat diploma, pelajar akan ditawarkan pekerjaan di tangga gaji SPM. Ini sangat merugikan pelajar!
7. Pelajar diingatkan jangan memaksa diri  untuk menerima keputusan orang lain dalam pemilihan jenis program diploma / asasi. Perkara ini akan membuat pelajar rasa tertekan dan sentiasa menyalahkan orang lain sekiranya pelajar  gagal dalam peperiksaan. Dirikan solat istikharah untuk mendapat lebih keyakinan. Petunjuk Allah tidak pernah salah.
Semoga dengan jawapan ini akan membuat pelajar lebih yakin membuat keputusan demi masa depan. Akhir kata, selamat maju jaya!


Khamis, 14 Ogos 2014

Selasa, 12 Ogos 2014

Majlis Aidilfitri PEYATIM-Nasir Wahab penyeri majlis

Mungkin belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dermawan dan semua anak-anak yatim di seluruh negara. Kami di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) bersama Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia (YAWATIM) telah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri semalam di ibupejabat YAWATIM di Taman Nirwana, Ampang.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan kata-kata aluan dari Pengarah Eksekutif YAWATIM, En. Maslah B.Abdullah. Pelbagai hidangan disediakan termasuklah hidangan kegemaran semua, sate.

Sedang sibuk melayan juadah, kami dikejutkan dengan kehadiran penyanyi Nasir Wahab. Beliau hadir untuk menyampaikan amanah dari ibunya. Kedatangan beliau disambut gembira oleh semua kakitangan yang hadir.

Kepada anda diluar sana yang belum bayar fidyah, anda masih boleh salurkan bayaran fidyah dengan bayaran tunai terus ke ibupejabat kami.


Isnin, 11 Ogos 2014

Nasib Ibu Tunggal@Berdikari Terus Dibela

Pada 9 Ogos 2014 yang lalu, saya berpeluang bertemu dengan hampir 300 orang ibu tunggal yang hadir di Majlis Perjumpaan Khas & Pelancaran Jaringan Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA) di perkarangan pejabat UMNO Bahagian Kepong. 

Kehadiran saya bukan untuk berpolitik tetapi ingin memaklumkan kepada yang hadir akan keistimewaan jika ibu tunggal mendaftarkan anak mereka di University College Bestari (UCB). UCB merupakan kolej universiti milik Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia dan 2 lagi pertubuhan yang berkaitan dengan anak yatim atau miskin. UCB merupakan IPT yang pertama memartabatkan anak yatim atau miskin.

Kepada ibu tunggal yang tidak mempunyai sumber kewangan untuk menghantar anak belajar di IPT, pihak kami bersedia membantu dengan cara:
1. Biasiswa dan Tawaran Khas Pendidikan Tinggi
2 Yuran pendaftaran terendah 
3. Penangguhan yuran asrama
4. Yuran asrama yang rendah
5. Pemberian kupon makanan 
6. Elaun bulanan pelajar
dan banyak lagi.

Peluang yang ditawarkan oleh UCB ini harus disambut baik oleh golongan ibu tunggal@berdikari. Selain dari manfaat yang diterima setelah menyertai JUWITA (seperti yang disyorkan oleh kerajaan), ibu tunggal@berdikari juga dapat menghantar anak ke IPT tanpa sebarang kesulitan. 

Ingin saya kongsikan bahawa kelebihan menyertai JUWITA adalah seperti berikut:
1. Ibu tunggal@berdikari akan diberi Kad Diskaun 1Malaysia yang memberi potongan harga barangan runcit dari 5-50%
2. Skim insurans bagi semua ibu tunggal@berdikari berdaftar yang membabitkan sumbangan premium RM12 setiap seorang dengan peruntukan RM12 juta setahun. Skim insurans itu akan menawarkan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk kematian, RM5,000 untuk khairat kematian, RM10,000 untuk kematian akibat kemalangan dan RM10,000 untuk hilang upaya akibat kemalangan.

Akhir kata, ibu tunggal@berdikari harus mengambil peluang yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk terus berjuang membela nasib keluarga. 

      1) Perhimpunan ibu tunggal di Pejabat Parlimen Kepong
   
    2) Perhimpunan asnaf di majlis rumah terbuka Parlimen Seputeh


Tadarus Bersama Mualaf PERKIM - Usaha kami mengenali asnaf

Bagi mempertingkatkan ibadah dan amalan sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan telah menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran sempena sambutan Nuzul Quran bersama saudara muslim 1435H bertempat di Surau Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Kehadiran saya sebagai wakil dari University College Bestari dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) adalah untuk menyesuaikan diri dan mengenali lebih rapat lagi dengan golongan saudara muslim ini. Mereka yang hadir terdiri daripada saudara muslim berbangsa Cina, India, Filipina, Indonesia dan Siam.

Turut hadir adalah Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor dan Pengarah Dakwah PERKIM, Abdul Hanif Harun.

Semoga dengan persahabatan ini, lebih ramai ibu bapa di kalangan saudara muslim menyedari bahawa terdapat Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti PEYATIM sentiasa membuka pintu untuk membantu anak-anak mereka terutama lepasan sekolah yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPT.

Semoga PERKIM terus sukses membina ummah!.





Tarikh Pengambilan Pelajar Baru UCB 2014/2015

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pengambilan kursus Diploma telah tamat. Berikut adalah tarikh pengambilan pelajar baru UCB untuk tahun ini.

Ijazah
15/2/2014 - 9/3/2014 
1/9/2014 - 7/9/2014

Diploma
14/4/2014-15/6/2014

Asasi 
14/4/2014 - 4/5/2014
1/9/2014 - 7/9/2014
7/12/2014 - 5/1/2014

Kepada yang ingin memohon biasiswa, sila hantar maklumat anda (nama/alamat/KP/keputusan SPM) ke 013-3766421@ email ke azliana.ucbestari@gmail.com





Khamis, 7 Ogos 2014

LATIHAN INDUSTRI OLEH PTS

Nota: Iklan ini untuk PELAJAR PRAKTIKAL atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menjalani latihan industri, bukannya kekosongan jawatan. 


Rabu, 6 Ogos 2014

Membentuk nilai positif generasi muda - Berita Harian, 5 Ogos 2014
SEKALUNG TAHNIAH BUAT TEAM EMPOWER ECER.