Jumaat, 15 Ogos 2014

Antara Program Diploma dan Asasi?

Ramai pelajar bertanya kepada saya..
"Yang Mana Lebih Baik Antara Program Diploma dan Asasi?" 
Jawapan saya seperti berikut:
1. Pelajar hendaklah maklum bahawa program diploma merupakan asas untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir. Ini bermakna selepas tamat kursus pelajar boleh terus berkerja dengan kelayakan diploma tersebut.
2. Program asasi merupakan pembuka jalan untuk pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. Dengan kelayakan ijazah sarjana muda, pelajar boleh menjadi ahli professional dan seterusnya mendapat tangga gaji yang lebih tinggi dari pekerja dengan kelayakan diploma.
3. Sekiranya pelajar mendapat 5 kredit, dia tak perlu takut untuk menerima tawaran program asasi. Pelajar akan lebih yakin untuk melangkah ke peringkat ijazah sarjana muda setelah melalui program asasi. Sekiranya pelajar mendapat keputusan baik dalam peperiksaan akhir di tahun asasi, jalan untuk mendapat Pinjaman MARA adalah lebih mudah. 
4. Pelajar yang mendapat 5 kredit tak perlu membuang masa melalui program diploma kerana dengan mengikuti program asasi, pelajar sudah jimat 2-3 tahun untuk tamatkan pengajian. Ini  kerana diploma mengambil masa 3 tahun pengajian dan jika pelajar sambung ke peringkat ijazah, pelajar 2-3 tahun lagi untuk graduasi. 
5. Setiap pelajar yang mendapat 5 kredit yang memohon program asasi University College Bestari akan diberi biasiswa penuh.
6. Pelajar yang mendapat 1-4 kredit digalakkan memilih program diploma yang bersesuaian dengan minat dan cita-cita. Jika pengajian dibuat sambil lewa dan didapati gagal di peringkat diploma, pelajar akan ditawarkan pekerjaan di tangga gaji SPM. Ini sangat merugikan pelajar!
7. Pelajar diingatkan jangan memaksa diri  untuk menerima keputusan orang lain dalam pemilihan jenis program diploma / asasi. Perkara ini akan membuat pelajar rasa tertekan dan sentiasa menyalahkan orang lain sekiranya pelajar  gagal dalam peperiksaan. Dirikan solat istikharah untuk mendapat lebih keyakinan. Petunjuk Allah tidak pernah salah.
Semoga dengan jawapan ini akan membuat pelajar lebih yakin membuat keputusan demi masa depan. Akhir kata, selamat maju jaya!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan