Fakulti

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Merupakan sebuah fakulti yang diwujudkan untuk menguruskan program-program yang berkaitan dengan ekonomi dan pengurusan. 2 buah jabatan diwujudkan bagi membantu pengurusan fakulti ini iaitu Jabatan Ekonomi, Kewangan dan Perakaunan dan Jabatan Pengurusan dan Hospitaliti.Fakulti ini berusaha untuk menjadi pusat kecemerlangan akademik terutamanya dalam bidang pengurusan perniagaan, ekonomi dan perakaunan.
Selain itu fakulti ini berusaha untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang pengurusan melalui peggunaan teknologi dan penyelidikan serta berusaha membangunkan negara, agama dan masyarakat.
Senarai Program Pengajian yang ditawarkan
Maklumat lanjut.
Irwan Bin Yusof
Dekan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.Kolej Universiti Bestari (UC Bestari),
22100 Bandar Permaisuri,Setiu, Terengganu
Tel : +6097101 Samb : 1085







Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Komputer
Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Komputer ini secara rasminya telah diluluskan penubuhannya pada Disember 2012. Fakulti ini ditubuhkan dengan menaiktaraf Jabatan Pengajian Sains Komputer , Kolej Teknologi Bestari (KTB).Bertekad untuk menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang menerajui bidang sains komputer dan teknologi maklumat sejajar dengan visi dan misi UCBestari.
Memperkayakan ilmu melalui pendidikan dan inovasi secara proaktif untuk melahirkan dan membentuk pemimpin yang berintegriti, inovatif dan kreatif dalam menerajui pelbagai bidang teknologi maklumat.
Senarai Jabatan
  • Jabatan Sains Komputer
  • Jabatan Multimedia dan Matematik
Senarai Program Pengajian yang ditawarkan
Maklumat Lanjut
Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Komputer
Kolej Universiti Bestari (UC Bestari),
22100 Bandar Permaisuri,Setiu, Terengganu
Tel : +6097101 Samb : 1025





Fakulti Sains Sosial
Fakulti Sains Sosial (FSS) di luluskan penubuhan serentak dengan kelulusan penubuhan Kolej Universiti Bestari (UCB) pada Oktober 2012 dan beroperasi secara rasminya pada Disember 2012. Matlamat utama FSS ialah membina dan menyediakan kepakaran dan khidmat perundingan dalam bidang-bidang pengkhususan seperti kerja sosial, kaunseling, kejururawatan, pementasan juga bidang sokongan yang lain seperti Pengajian Islam, Pengajian Malaysia dan bahasa.Ianya bertujuan bagi memanfaatkan badan-badan kerajaan dan swasta serta komuniti setempat. FSS juga mempunyai matlamat untuk menyediakan tenaga kerja terlatih dalam bidang profesional dalam bidang yang ditawarkan dan pembangunan komuniti yang mampu dikembangkan di peringkat nasional serta global.
Fungsi/Skop kerja Jabatan
FSS berhasrat menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dalam bidang Sosial dan Kaunseling juga dalam bidang Kejururawatan, Pengajian Islam, Bahasa dan Pengajian Umum di samping menyediakan ilmu yang berkualiti dan terkehadapan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta khidmat masyarakat di samping mendukung jati diri kebangsaan.
Senarai Program Pengajian yang ditawarkan
Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling(N/762/7/0011) - 2 TAHUN
Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian)(BOC)(N/762/6/0012) - 3 TAHUN
Diploma Kejururawatan (DKJ)(R/723/4/0020) - 3 TAHUN
Maklumat Lanjut
Fakulti Sains Sosial
Kolej Universiti Bestari (UC Bestari),
22100 Bandar Permaisuri,Setiu, Terengganu.
Tel : +6097101 Samb : Fakulti Sains Sosial

Tiada ulasan:

Catat Ulasan