Sejarah UCBestari







Kolej Teknologi Bestari (KTB) ditubuhkan pada 14hb Jun 1988 di Saujana, Setiu Terengganu. Pada tahun 2004, KTB telah berpindah ke kampus tetap di Putera Jaya, Setiu, Terengganu. KTB menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan dan luar negaraKursus di peringkat Ijazah, Diploma dan juga Sijil dalam pelbagai disiplin ilmu ditawarkan di KTB. Pelajar juga diusahakan mendapat tajaan pinjaman pelajaran daripada pelbagai agensi seperti MARA, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan PTPTN.

Pada Ogos 2012, Kolej Teknologi Bestari dinaiktaraf sebagai sebuah koleJ universiti yang diiktiraf dan kini dinamakan UNIVERSITY COLLEGE BESTARI (UC BESTARI). UC Bestari menawarkan kursus di peringkat Diploma, Ijazah, Masters dan PhD.


Pada masa yang sama, tanah kampus yang berkeluasan 320 meter kaki persegi ini telah diumumkan kepada orang ramai sebagai tanah untuk diwaqafkan dalam Majlis Pelancaran Skim Waqaf Tanah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) pada 4 Disember 2010. Skim Tanah Waqaf yang diusahakan bagi membiayai anak-anak yatim sehingga ke peringkat pengajian tinggi ini dijual pada harga RM30.00 untuk 1 lot. Setiap pewaqaf akan menerima Sijil Waqaf PEYATIM dan derma dikecualikan dari cukai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan