Ahad, 1 Jun 2014

Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia (YAWATIM)

Membela nasib dan masa depan anak yatim atau miskin melalui pendidikan supaya mampu berdikari sehingga berjaya di dunia dan sejahtera di akhirat.

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) ditubuhkan pada 19 November 1990 (no.pendaftaran 861/90), dengan ahli gabungan 56 buah asrama anak yatim di seluruh negara yang mempunyai 4,000 penghuni.

Dalam usaha merialisasikan MISI PEYATIM, 3 buah Institusi Pengajian Tinggi telah didirikan di Setiu, Terengganu khusus untuk anak-anak yatim, miskin dan masyarakat umum. 
1. Institut Kemahiran Bestari (IKB) manawarkan peluang pendidikan teknikal dan kemahiran kepada pelajar yang kurang cenderung akademik.
2. Kolej Teknologi Bestari (KTB) menawarkan program kemahiran di peringkat sijil dan diploma berorientasi industri di peringkat kemahiran tinggi.
3. University College Bestari (UCB), yang asalnya juga Kolej Teknologi Bestari (KTB) kini menghasilkan graduan pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.

Oleh sebab KTB yang didirikan sejak tahun 1998 perlu diperbesarkan untuk menampung 5,000 orang mahasiswa, maka tapak tanah KTB telah ditawarkan kepada orang ramai dan kemudian diwaqafkan oleh pembeli dengan harga RM30.00 untuk 0.1 meter persegi. Perwakafan tanah tapak KTB telah diluluskan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) pada 13 Julai 2009 (Rujukan: MAIDAM 03-003/46-(11). Setiap sumbangan derma waqaf juga dikecualikan daripada cukai pendapatan LHDN (rujukan: LHDN:01/35/42/51/179-6.3872). 

Taklimat di peringkat negeri giat dijalankan bagi memastikan kelancaran jualan tanah waqaf ini. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan