Selasa, 2 September 2014

Taklimat Pendidikan Tinggi di Kem PLKN - Selangor & Negeri Sembilan

Melakukan transformasi pendidikan bukanlah suatu  perkara yang mudah. Ia memerlukan satu semangat tinggi untuk terus maju kehadapan.

Tiada juga jalan pintas untuk kita melaksanakannya. Melainkan ada sang pari-pari yang membaca mentera dan sekelip mata tugas mendidik itu selesai. Ia mustahil sama sekali.

Kerana itu, kita harus menerima ketentuan dan realiti semasa, bahawasanya usaha tidak boleh berhenti, pembetulan demi pembetulan harus dilakukan jika didapati usaha tidak membuahkan hasil. 

Matlamat kami untuk memastikan golongan sasaran iaitu anak-anak yatim dan miskin berjaya dalam pelajaran dan mendapat tempat di IPT, tidak terkecuali seorang pun, tidak akan berhenti selagi ada bulan dan matahari.

Kenangan di pameran pendidikan tinggi di kem PLKN sentiasa di ingatan. Semoga anak-anak ini terus berjaya dalam hidup mereka dunia dan akhirat.

Kenangan di Kem PLKN Geo Kosmo pada 23 Ogos 2014

                                 Kenangan di Kem PLKN Pelangi Hill pada 23 Ogos 2014


Kenangan di Kem PLKN Paya Indah pada 30 Ogos 2014


Kenangan di Kem PLKN Seri Perkasa pada 30 Ogos 2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan