Selasa, 15 Julai 2014

Jelajah Mencari Anak Yatim, Miskin dan saudara Muslim - Ramadhan 2014


Bermula dari 1 Julai 2014, pihak pemasaran UCB zon Kuala Lumpur dan Selangor dengan bantuan pihak pemerintah setempat, badan-badan kebajikan dan beberapa institusi agama, telah menjelajah di beberapa lokasi perjumpaan yang dihadiri oleh golongan asnaf yang menerima agihan bantuan Ramadhan.

Melalui majlis agihan bantuan Ramadhan tersebut, kami dapat berinteraksi secara terus dengan golongan asnaf dan orang miskin bandar. Sejumlah 3,000 risalah Tawaran Khas Pendidikan Tinggi dan Waqaf PEYATIM diedarkan secara terus kepada mereka yang hadir. 

Semoga usaha ini mendapat keberkatan Allah SWT dan makluman bantuan ini meniti dari bibir ke bibir semua penduduk Kuala Lumpur dan Selangor.

                                 Gambar 1: Majlis Penyampaian Sumbangan anjuran PERKIM 
            (500 orang yang hadir di kalangan saudara baru dan ahli Kelab PERKIM Universiti)

        Gambar 2: Ceramah Bulanan Bersama Ustaz Sharhan Shafie, di Dewan Merak Kayangan, Felda Jln Semarak (500 orang penonton di kalangan Kakitangan Felda).

       Gambar 3: Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf - Program Nur Ramadhan
(500 orang penerima dari peringkat Parlimen Seputeh)

       Gambar 3: Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf - Program Nur Ramadhan
(500 orang penerima dari peringkat Parlimen Wangsa Maju)

       Gambar 4: Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf - Program Nur Ramadhan
(500 orang penerima dari peringkat Parlimen Seputeh)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan