Ketika saya berumur 17 tahun, waktu itu tahun 1993, fikiran saya hanya tahu nak sambung belajar ke universiti tempatan sahaja selepas tamat SPM. Sebab lain sambung belajar adalah kerana rasa malu jika tidak layak ke mana-mana universiti...sudah tentu saudara-mara menganggap saya "bodoh".
Menanti surat tawaran universiti macam menunggu bulan jatuh ke riba. Akhirnya keputusan panggilan pertama berakhir dengan kekecewaan. Terpaksalah naik ke tingkatan 6 rendah....dengan rasa sakit hati.
Selang beberapa bulan selepas itu barulah dapat masuk Institut Teknologi MARA, Shah Alam.
Berapa ramai anak-anak kita yang bagus dalam pelajaran tapi akhirnya gagal ke IPTA mempunyai pengalaman yang sama?
Jawapannya mungkin 50% sahaja yang mempunyai pengalaman sama dan 50% lagi tak ambil peduli. Mengapa? Kerana zaman sudah jauh berbeza. Pada zaman saya dahulu, susah nak dapat IPTS setaraf IPTA...tapi sekarang IPTS setaraf IPTA sudah ada di merata-rata tempat.
Persoalannya, mengapa anak-anak kita gagal masuk ke IPTA, walaupun keputusan
peperiksaan baik? Antara jawapan yang diberi oleh petikan akhbar ini adalah calon tidak terpilih kerana:
- jumlah merit yang tidak begitu tinggi.
- menghadapi persaingan sengit akibat calon memilih IPTA yang popular.
Pesanan saya: JANGAN HANYA KERANA GLAMOUR...AKHIRNYA TIDAK KEMANA-MANA..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan