Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Kesemua program peringkat Ijazah dan Diploma yang ditawarkan di University College Bestari kecuali Program Diploma Teknologi Maklumat (UC Bestari).
Syarat-syarat kelayakan bantuan Pinjaman MARA.
Syarat-syarat AM.
- Mesti bumiputera warganegara Malaysia.
- Tidak pernah ditamatkan bantuan atau tarik balik bantuan oleh mana-mana badan penganjur atas sebab-sebab tindakan disiplin.
- Mendapat pelepasan kontrak jika pernah ditaja oleh badan penganjur lain.
- Mendapat penggantungan atau pelepasan jawatan atau kebenaran bertulis dari majikan bagi calon yang dalam perkhidmatan.
- Diperakui sihat dan normal oleh panel doktor yang bertauliah.
- Mesti lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPMV.
Program | Kelayakan |
---|---|
Semua Program Ijazah | kemasukan dengan STPM 2 Prinsipal dan 2 Subsid termasuk Pengajian Am dan Kredit BM(SPM).Kemasukan dengan Diploma Mendapat CGPA 2.50 di peringkat Diploma, Kredit BM (SPM). kemasukan dengan Program Asasi Mendapat CGPA 2.50 di peringkat Program Asasi, Kredit BM(SPM). Menggunakan CGPA 2.50 semester 2/3/4 Mendapat CGPA 2.50 pada semester terkini, Kredit BM(SPM). |
Diploma Kejururawatan | Kemasukan dengan SPM 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan 1 Subjek Sains(Sains/Fizik/Kimia/Bio/Sains Tamb/Subjek Teknikal)dan 2 subjek lain (tidak termasuk Bahasa Inggeris).Lulus Bahasa Inggeris. |
Semua program Diploma (Selain Diploma Kejururawatan). | Kemasukan dengan SPM 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik, dan 3 subjek lain (tidak temasuk Bahasa Inggeris)Lulus Bahasa Inggeris. Kemasukan dengan Sijil CGPA 2.50 di peringkat Sijil, Kredit BM(SPM). Menggunakan CGPA 2.50 semester 2/3/4 Mendapat CGPA 2.50, Kredit BM (SPM). |
Kelayakan Pendapatan.
Pendapatan bercukai IBU & BAPA (Tahunan) | Jenis Bantuan |
---|---|
< RM50,000 | Penuh |
RM50,001 - RM RM80000 | Yuran Sahaja |
> RM80,001 | Tidak Layak |
Syarat kelayakan akademik.
Syarat kelayakan akademik pinjaman pelajaran MARA adalah sebagai panduan bagi anda yang ingin memohon pinjaman MARA setelah ditawarkan tempat pengajian di University College Bestari.
Syarat kelayakan akademik pinjaman pelajaran MARA adalah sebagai panduan bagi anda yang ingin memohon pinjaman MARA setelah ditawarkan tempat pengajian di University College Bestari.
Bagi pelajar yang tidak mencukupi kelayakan akademik di bawah, pelajar boleh memohon pada semester ke 2 dengan menggunakan keputusan semester 1 dengan mendapat keputusan CGPA 2.5 ke atas. Pihak kolej akan memberikan kelonggaran penangguhan yuran pengajian dan yuran asrama semester 1 sehingga mendapat penajaan MARA.
Memohon Pinjaman Pendahuluan MARA
Bagi program-program yang ditaja oleh MARA. Pihak MARA memperuntukkan maksimum RM1500 tertakluk kepada jumlah gaji ibu/bapa/penjaga.
Untuk maklumat lanjut sila ke http://www.mara.gov.my/ePendahuluan atau ke Pejabat MARA terdekat.
Untuk maklumat lanjut sila ke http://www.mara.gov.my/ePendahuluan atau ke Pejabat MARA terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan