Tajaan dan Pinjaman
PENGENALAN | Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK
Latihan ini dibuka kepada pelatih yang mmengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM). |
Syarat-syarat Pinjaman |
- Warganegara Malaysia
- Mengikuti program latihan SKM bagi Tahap 1 hingga 3, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program lain yang diluluskan oleh PTPK
- Had umur peminjam di antara 15 hingga 45 tahun
- Tidak mendapat bantuan kewangan daripada agensi lain.
- Belajar sepenuh masa mengikut tempoh ditetapkan.
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan.
- Mengemukakan seorang penjamin.
|
Kadar Pinjaman | Kadar pinjaman diantara RM 2,500 hingga RM 24,000 bergantung kepada program dan tahap latihan yang merangkumi :-
- Yuran pengajian.
- Elaun Sara Hidup sebanyak RM 400 sebulan semasa tempoh latihan dan "On Job Training".
- Bayaran premium untuk perlindungan insurans.
- Fi pentadbiran sebanyak 3% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan.
|
Syarat-syarat Penjamin |
- Warganegara Malaysia
- 2 Orang penjamin berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM700 sebulan, berumur 21 tahun keatas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan.
- Jika penjamin pertama merupakan ibu / bapa / penjaga sah/ syarat umur dan pendapatan dikecualikan.
- Seseorang penjamin tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu / bapa/ penjaga sah.
- Tidak diisytiharkan muflis
|
Kaedah Bayaran Pinjaman Latihan Kemahiran |
- Peminjam perlu membuka akaun Bank CIMB Berhad (konvensional)
- Pinjaman akan disalurkan terus ke akaun peminjam secata auto pay dan bayaran yuran pengajian ke akaun Penyedia Latihan dibuat secara direct debit.
|
Bayaran Balik Pinjaman |
- Bayaran balik pinjaman bermula selepas enam(6) bulan tamat latihan.
- Bayaran balik pinjaman bermula selepas enam(6) bulan tamat latihan.
- Tempoh bayaran balik pinjaman di antara satu(1) hingga sepuluh (10) tahun.
- Ansuran bulanan di antara RM84.69 hingga Rm 193.12 tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.
|
*Tertakluk kepada terma dan syarat PTPK. Maklumat Lanjut --> klik
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami
Institut Kemahiran Bestari (IKB)
22100 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-6021002 Faks : 09-6021005
http://www.ikb.edu.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan