Selasa, 7 Oktober 2014

5000 Tajuk Pekerjaan Baru menjelang 2015

Menurut Pengarah Pembangunan, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, sehingga kini 1,091 tajuk pekerjaan direkodkan merangkumi 22 bidang kemahiran dan semuanya dalam sektor industri. Justeru itu, Kementerian berkenaan merancang untuk menambah tajuk pekerjaan baru selepas beberapa kajian dibuat. Dengan itu, akan ada banyak lagi peluang pekerjaan pada masa akan datang. Persoalananya sekarang, SEJAUH MANA ANAK-ANAK KITA BERSEDIA KE ARAH ITU?.

Saya sempat melawat dan memberi taklimat ringkas kepada anak-anak yang berada di Kem PLKN, kumpulan ke-3 di semua lokasi di Selangor.  Amat mengejutkan sekali kerana terlalu ramai anak-anak yang lahir pada tahun 1996 yang berada di kem-kem tersebut hanya memiliki keputusan UPSR sahaja. Kebanyakan mereka seperti sudah "menentukan hala tuju dengan cara tersendiri"....bukan ke arah positif, malah diluar dari jangkaan kita sebagai ibubapa. Lebih menyedihkan lagi, di antara anak-anak ini sudah "bertatu", simbolik kepada geng yang mereka sertai.

AYUH!, mak ayah, kakak dan abang, bantulah anak bangsa kita agar mementingkan pendidikan. Bentuklah peribadi mereka supaya mereka mampu berdikari dan memberi sumbangan baik kepada masyarakat. Selangkah kita bermula, pasti 2,3 langkah akan hampir pada kejayaan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan