Selasa, 2 Disember 2014

Career Fair 2014

Night Career Fair 2014. Jgn lupa Disember ini! #jawatankosong#kerjakosong #iklan
JobsMalaysia Centre Iskandar Malaysia akan menganjurkan Azam Kerja Night Career Fair Johor 2014 sebagaimana ketetapan berikut :-

Tarikh : 5-6 Disember 2014 ( Jumaat & Sabtu)
Masa : 4.00ptg - 11.00malam
Tempat : Pasar Borong Pandan ( Pandan City ), Johor Bahru

Aktiviti :-
* Temuduga terbuka
* Khidmat Nasihat Kerjaya
* Pendaftaran on-line pencari kerja
* Pameran Latihan Kemahiran
* Taklimat Skim Latihan Dual Nasional ( SLDN ) - 5.30ptg
* Sesi bersama pelakon/ pengarah AHMAD IDHAM - 5 Dis (8mlm)

Semua di jemput hadir. Untuk maklumat lanjut majikan yang menyertai karnival ini bolehlah like page www.facebook.com/JMCIskandarMalaysiawww.facebook.com/NightCareerFairJohor

* Sila bawa bersama resume,sijil asal dan berpakaian kemas.

Selasa, 7 Oktober 2014

Pelajar Cemerlang....otaknya atau kerana sekolahnya?



Elakkan Dari Mengguna Keputusan Percubaan SPM untuk Menarik Pelajar.

Sungguhpun tindakan menggunakan keputusan percubaan SPM sudah lama dipraktikkan oleh IPTS di Malaysia, namun syarat hendaklah dipatuhi.  Inilah komitmen IPTS yang mesti ditunjukkan untuk mengekalkan 'label' dan 'status' IPTS. IPTS yang patuh undang-undang akan menjadi contoh ikutan generasi muda.


4 Perkara Untuk Lahirkan Generasi Hebat, Berkualiti

4 perkara yang dimaksudkan oleh PM kita adalah

  • Mewujudkan pusat penjanaan khazanah ilmu
  • melahirkan generasi terdidik
  • mengukuhkan ekonomi dan guna tenaga negara
  • mempelbagai inovasi dalam menjana sumber kekayaan negara
Untuk keterangan lanjut baca keratan akhbar ini.

Gagal ke IPTA kerana salah buat pilihan?

Tajuk yang saya kemukakan ini sesuai sekali untuk saya...mengapa?

Ketika saya berumur 17 tahun, waktu itu tahun 1993, fikiran saya hanya tahu nak sambung belajar ke universiti tempatan sahaja selepas tamat SPM. Sebab lain sambung belajar adalah kerana rasa malu jika tidak layak ke mana-mana universiti...sudah tentu saudara-mara menganggap saya "bodoh".

Menanti surat tawaran universiti macam menunggu bulan jatuh ke riba. Akhirnya keputusan panggilan pertama berakhir dengan kekecewaan. Terpaksalah naik ke tingkatan 6 rendah....dengan rasa sakit hati.
Selang beberapa bulan selepas itu barulah dapat masuk Institut Teknologi MARA, Shah Alam.

Berapa ramai anak-anak kita yang bagus dalam pelajaran tapi akhirnya gagal ke IPTA mempunyai pengalaman yang sama?
Jawapannya mungkin 50% sahaja yang mempunyai pengalaman sama dan 50% lagi tak ambil peduli. Mengapa? Kerana zaman sudah jauh berbeza. Pada zaman saya dahulu, susah nak dapat IPTS setaraf IPTA...tapi sekarang IPTS setaraf IPTA sudah ada di merata-rata tempat.

Persoalannya, mengapa anak-anak kita gagal masuk ke IPTA, walaupun keputusan
peperiksaan baik? Antara jawapan yang diberi oleh petikan akhbar ini adalah calon tidak terpilih kerana:

  1. jumlah merit yang tidak begitu tinggi. 
  2. menghadapi persaingan sengit akibat calon memilih IPTA yang popular.
Itu adalah sebahagian jawapan sahaja. Jawapan anda bagaimana?


Pesanan saya: JANGAN HANYA KERANA GLAMOUR...AKHIRNYA TIDAK KEMANA-MANA..



5000 Tajuk Pekerjaan Baru menjelang 2015

Menurut Pengarah Pembangunan, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, sehingga kini 1,091 tajuk pekerjaan direkodkan merangkumi 22 bidang kemahiran dan semuanya dalam sektor industri. Justeru itu, Kementerian berkenaan merancang untuk menambah tajuk pekerjaan baru selepas beberapa kajian dibuat. Dengan itu, akan ada banyak lagi peluang pekerjaan pada masa akan datang. Persoalananya sekarang, SEJAUH MANA ANAK-ANAK KITA BERSEDIA KE ARAH ITU?.

Saya sempat melawat dan memberi taklimat ringkas kepada anak-anak yang berada di Kem PLKN, kumpulan ke-3 di semua lokasi di Selangor.  Amat mengejutkan sekali kerana terlalu ramai anak-anak yang lahir pada tahun 1996 yang berada di kem-kem tersebut hanya memiliki keputusan UPSR sahaja. Kebanyakan mereka seperti sudah "menentukan hala tuju dengan cara tersendiri"....bukan ke arah positif, malah diluar dari jangkaan kita sebagai ibubapa. Lebih menyedihkan lagi, di antara anak-anak ini sudah "bertatu", simbolik kepada geng yang mereka sertai.

AYUH!, mak ayah, kakak dan abang, bantulah anak bangsa kita agar mementingkan pendidikan. Bentuklah peribadi mereka supaya mereka mampu berdikari dan memberi sumbangan baik kepada masyarakat. Selangkah kita bermula, pasti 2,3 langkah akan hampir pada kejayaan.