Isnin, 11 Ogos 2014

Nasib Ibu Tunggal@Berdikari Terus Dibela

Pada 9 Ogos 2014 yang lalu, saya berpeluang bertemu dengan hampir 300 orang ibu tunggal yang hadir di Majlis Perjumpaan Khas & Pelancaran Jaringan Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA) di perkarangan pejabat UMNO Bahagian Kepong. 

Kehadiran saya bukan untuk berpolitik tetapi ingin memaklumkan kepada yang hadir akan keistimewaan jika ibu tunggal mendaftarkan anak mereka di University College Bestari (UCB). UCB merupakan kolej universiti milik Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia dan 2 lagi pertubuhan yang berkaitan dengan anak yatim atau miskin. UCB merupakan IPT yang pertama memartabatkan anak yatim atau miskin.

Kepada ibu tunggal yang tidak mempunyai sumber kewangan untuk menghantar anak belajar di IPT, pihak kami bersedia membantu dengan cara:
1. Biasiswa dan Tawaran Khas Pendidikan Tinggi
2 Yuran pendaftaran terendah 
3. Penangguhan yuran asrama
4. Yuran asrama yang rendah
5. Pemberian kupon makanan 
6. Elaun bulanan pelajar
dan banyak lagi.

Peluang yang ditawarkan oleh UCB ini harus disambut baik oleh golongan ibu tunggal@berdikari. Selain dari manfaat yang diterima setelah menyertai JUWITA (seperti yang disyorkan oleh kerajaan), ibu tunggal@berdikari juga dapat menghantar anak ke IPT tanpa sebarang kesulitan. 

Ingin saya kongsikan bahawa kelebihan menyertai JUWITA adalah seperti berikut:
1. Ibu tunggal@berdikari akan diberi Kad Diskaun 1Malaysia yang memberi potongan harga barangan runcit dari 5-50%
2. Skim insurans bagi semua ibu tunggal@berdikari berdaftar yang membabitkan sumbangan premium RM12 setiap seorang dengan peruntukan RM12 juta setahun. Skim insurans itu akan menawarkan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk kematian, RM5,000 untuk khairat kematian, RM10,000 untuk kematian akibat kemalangan dan RM10,000 untuk hilang upaya akibat kemalangan.

Akhir kata, ibu tunggal@berdikari harus mengambil peluang yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk terus berjuang membela nasib keluarga. 

      1) Perhimpunan ibu tunggal di Pejabat Parlimen Kepong
   
    2) Perhimpunan asnaf di majlis rumah terbuka Parlimen Seputeh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan