Rabu, 25 Jun 2014

PEYATIM Rancak Atur Langkah

"Rangka Pelbagai Program Bantu Anak Yatim"

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) adalah antara badan kebajikan di negara ini yang giat menyediakan kemudahan seperti tempat tinggal serta menyediakan bentuk bantuan lain bagi menyempurnakan amanah yang dituntut agama dan masyarakat.

Walaupun bertindak sebagai badan kebajikan, pengurusannya aktif mengumpul dana untuk memastikan pelbagai program dirancang dilaksanakan dengan jayanya.

Pertubuhan ini juga berkerjasama dengan badan kebajikan lain untuk melaksanakan pelbagai program yang boleh dimanfaatkan secara bersama.

Sehingga tahun 2014, pertubuhan mempunyai 56 ahli gabungan yang berdaftar termasuk Rumah Bakti dan dijangka berkembang dari masa ke semasa berdasarkan permohonan yang dibuat.

PEYATIM mengadakan pelbagai program di beberapa negeri untuk meraikan anak yatim untuk meraikan anak yatim dan kebanyakan sumbangan datang dari individu.

PEYATIM mengalu-alukan mana-mana badan korporat dan individu berminat menghulurkan sumbangan. Untuk pertanyaan hubungi PEYATIM di alamat No.37, Jalan Nirwana 39, Taman Nirwana, Ampang, Selangor atau telefon 03-92861992 / 03-92846911.

(Keratan akhbar di ambil dari Harian Metro, Jumaat, 15 November 2002)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan