Ahad, 29 Jun 2014

Budaya Membaca Al-Quran

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua pembaca. Kalau tahun lalu kita gagal membaca Al-Quran hingga khatam, tahun ini kita cuba yang terbaik. Semoga amalan kita semua mendapat ganjaran terbaik dari Allah S.W.T.

Rabu, 25 Jun 2014

"Universiti Anak Yatim" - Tak Perlu Cari Kolej Swasta

"Belajar dulu, bayar kemudian." Itulah konsep yang dipegang oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) bagi membantu anak-anak yatim dari seluruh negara untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Teknologi Bestari (dikenali sebagai University College Bestari mulai tahun 2012).

Terletak di Putera Jaya, Setiu Terengganu, kolej universiti ini merupakan kebanggaan PEYATIM kerana ia  merupakan satu-satunya pertubuhan kebajikan di negara ini yang mampu memiliki sebuah universiti kolej khusus untuk anak-anak yatim.

Selain memiliki universiti kolej, PEYATIM turut mempunyai dua lagi institusi pengajian iaitu Kolej Teknologi Bestari dan Institut Kemahiran Bestari di lokasi


yang sama.

Walaupun kolej universiti, kolej dan institut kemahiran tersebut telah lama beroperasi tetapi masih ramai anak yatim yang tidak menyedari bahawa kemudahan itu adalah untuk mereka.

"Kita bersusah payah mendirikan kolej dan institut kemahiran itu untuk membantu anak-anak yatim tetapi ramai daripada mereka yang masih mencari-cari kolej-kolej swasta yang mengenakan yuran pengajian yang lebih tinggi" kata Professor Dato' Tengku Mahmud Mansor dalam kenyataannya di akhbar Utusan Malaysia. (Lihat Lampiran).


Pada masa yang sama beliau mendedahkan bahawa berdasarkan kajian yang dilakukan hanya 1 peratus daripada anak-anak yatim di negara ini berjaya memasuki universiti umum.




PEYATIM Rancak Atur Langkah

"Rangka Pelbagai Program Bantu Anak Yatim"

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) adalah antara badan kebajikan di negara ini yang giat menyediakan kemudahan seperti tempat tinggal serta menyediakan bentuk bantuan lain bagi menyempurnakan amanah yang dituntut agama dan masyarakat.

Walaupun bertindak sebagai badan kebajikan, pengurusannya aktif mengumpul dana untuk memastikan pelbagai program dirancang dilaksanakan dengan jayanya.

Pertubuhan ini juga berkerjasama dengan badan kebajikan lain untuk melaksanakan pelbagai program yang boleh dimanfaatkan secara bersama.

Sehingga tahun 2014, pertubuhan mempunyai 56 ahli gabungan yang berdaftar termasuk Rumah Bakti dan dijangka berkembang dari masa ke semasa berdasarkan permohonan yang dibuat.

PEYATIM mengadakan pelbagai program di beberapa negeri untuk meraikan anak yatim untuk meraikan anak yatim dan kebanyakan sumbangan datang dari individu.

PEYATIM mengalu-alukan mana-mana badan korporat dan individu berminat menghulurkan sumbangan. Untuk pertanyaan hubungi PEYATIM di alamat No.37, Jalan Nirwana 39, Taman Nirwana, Ampang, Selangor atau telefon 03-92861992 / 03-92846911.

(Keratan akhbar di ambil dari Harian Metro, Jumaat, 15 November 2002)

Golongan Kurang Berkemampuan, Yatim Berpeluang Lanjut Pelajaran

"University College Bestari tak bermotif keuntungan, prihatin kebajikan pelajar."

Kolej Teknologi Bestari yang telah dinaiktaraf kepada University College Bestari dibina khas untuk kemudahan anak yatim dan pelajar miskin diseluruh negara melanjutkan pelajaran mereka.

Kebaikan melanjutkan pelajaran di kolej universiti ini adalah pelajar yang mempunyai masalah kewangan serta menunggu biasiswa atau tajaan, mereka boleh meneruskan pengajian di kolej universiti ini dan hanya diminta menjelaskan sewa asrama serta bayaran lain selepas menerima pinjaman atau tajaan.University College Bestari hanya mengenakan bayaran asrama sebanyak RM80.

Dalam usaha memberi penerangan lebih jelas kepada ibu bapa dan pelajar yang berminat, mereka boleh datang ke ibupejabat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) di No.37, Jalan Nirwana 39, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor atau berhubung dengan Puan Azliana di talian 013-3766421.


 

"Belajar dulu, bayar kemudian"

Wakil dari Unversity College Bestari, En. Ibrahim Hussin dalam kenyataannya di Akhbar Harian Timur, menegaskan bahawa konsep "Belajar Dulu, Bayar Kemudian" tidak akan membebankan keluarga dan pelajar, malah mereka lebih tenang dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran ketika di kolej universiti ini.

Pelajar diberi peluang untuk mengikuti pengajian di kolej universiti ini terlebih dahulu dan setelah mendapat pinjaman serta penajaan, mereka boleh membayar secara ansuran.


Yatim Piatu di Yala, Thailand

Petikan dari laman facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Rehlah sebelum Ramadhan, sejuk mata memandang, anak2 yang menghafal Al Quran di selatan Thailand, walau bapa mereka di tembak mati!!, perjuangan ini perlu diteruskan, kami memilih mereka untuk mendidik mereka menghafal Al Quran, agar roh para syuhada' itu sentiasa segar dengan anak2 yang menghafal Al Quran,kesempatan yang bermakna dengan anak2 Tahfiz di Yala dari sebuah perkampungan Krong Pinang Yala Thailand..


Isnin, 23 Jun 2014

University College Bestari Catat Sejarah Baharu

University College Bestari (UCB), sebuah IPTS milik Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) mencipta sejarah baharu dalam pendidikan negara dengan pemasyhuran canselor dan konvokesyennya yang pertama.Berbeza dengan IPTS lain, UCB adalah kolej universiti pertama memartabatkan anak-anak yatim, miskin dan PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

UCB mempunyai lokasi kampus yang sesuai dan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dikelilingi oleh persekitaran perkampungan sangat mendamaikan dan menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif.

Ikuti laporan seterusnya di akhbar ini.


Kejohanan Sukan Anak Yatim Malaysia kali ke-12

Selasa, 17 Jun 2014

Terengganu masih mengungguli kejohanan yang disertai 2,400 anak yatim yang mempertandingkan 19 acara sukan. Selain perlawanan berpasukan, acara padang dan balapan juga menyumbang pingat kepada kontinjen Terengganu. Semoga kejohanan seperti ini menjadi landasan terbaik bagi anak yatim menonjolkan bakat dalam bidang sukan pada temasya angjuran Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (PEYATIM) itu.  Ikuti laporan sepenuhnya di dalam akhbar ini.


Khamis, 12 Jun 2014

Tawaran Biasiswa Untuk Anak Yatim Atau Miskin

Pengambilan pelajar baru masih dibuka. 
Hubungi Puan Azliana di talian 013-3766421 untuk keterangan lanjut.


Jumaat, 6 Jun 2014

Pendaftaran Terbuka Untuk Pelajar Baru pada 16 Jun 2014 ini!

Orang ramai terutama lepasan SPM dijemput datang ke 
Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun/Julai 2014
University College Bestari, Setiu, Terengganu pada 
16 Jun 2014
Pendaftaran Terbuka secara besar-besaran
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
Minimum 3 kredit untuk program diploma & 
5 kredit untuk program Asasi (dengan tawaran biasiswa).


Ahad, 1 Jun 2014

Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia (YAWATIM)

Membela nasib dan masa depan anak yatim atau miskin melalui pendidikan supaya mampu berdikari sehingga berjaya di dunia dan sejahtera di akhirat.

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) ditubuhkan pada 19 November 1990 (no.pendaftaran 861/90), dengan ahli gabungan 56 buah asrama anak yatim di seluruh negara yang mempunyai 4,000 penghuni.

Dalam usaha merialisasikan MISI PEYATIM, 3 buah Institusi Pengajian Tinggi telah didirikan di Setiu, Terengganu khusus untuk anak-anak yatim, miskin dan masyarakat umum. 
1. Institut Kemahiran Bestari (IKB) manawarkan peluang pendidikan teknikal dan kemahiran kepada pelajar yang kurang cenderung akademik.
2. Kolej Teknologi Bestari (KTB) menawarkan program kemahiran di peringkat sijil dan diploma berorientasi industri di peringkat kemahiran tinggi.
3. University College Bestari (UCB), yang asalnya juga Kolej Teknologi Bestari (KTB) kini menghasilkan graduan pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.

Oleh sebab KTB yang didirikan sejak tahun 1998 perlu diperbesarkan untuk menampung 5,000 orang mahasiswa, maka tapak tanah KTB telah ditawarkan kepada orang ramai dan kemudian diwaqafkan oleh pembeli dengan harga RM30.00 untuk 0.1 meter persegi. Perwakafan tanah tapak KTB telah diluluskan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) pada 13 Julai 2009 (Rujukan: MAIDAM 03-003/46-(11). Setiap sumbangan derma waqaf juga dikecualikan daripada cukai pendapatan LHDN (rujukan: LHDN:01/35/42/51/179-6.3872). 

Taklimat di peringkat negeri giat dijalankan bagi memastikan kelancaran jualan tanah waqaf ini.