Rabu, 28 Mei 2014

Darjat Anak Yatim

Tahukah anda perkataan "yatim" disebut berulang kali dan lebih 20 kali di dalam Al-Quran?

Kematian ibu atau bapa menyebabkan seseorang anak itu merasakan sesuatu kekosongan. Kekosongan dari perhatian ibubapa, curahan kasih sayang serta segala aspek hidup dan didikan agama yang diperlukan oleh seorang anak.

Dalam Islam, anak yatim (yang kematian ibu) dan anak yatim piatu (yang kematian ayah, atau ayah&ibu), mendapat perhatian istimewa. Islam juga memerintah umatnya mengambil berat kebajikan mereka, berbuat baik kepada mereka, mengurus harta mereka dan mendidik mereka dengan sempurna sehingga mereka dewasa.

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa 
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang membelai-belai kepala anak yatim kerana Allah, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia seperti ini (sambil Rasullullah s.a.w mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya)." (Hadis Riwayat Ahmad).

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Tahukah kamu orang yang mendustakan hari akhirat? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak memberi makan kepada orang miskin." 
Surah Al-Ma'un, ayat 1-3

Kata Imam Syafie
"Kasihanilah anak-anak yatim kerana Nabi Muhammad sayang kepada orang miskin, kasihanilah anak-anak yatim kerana Rasullullah juga tergolong sebagai anak yatim dan Baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihani anak yatim di akhirat."




Tiada ulasan:

Catat Ulasan