Rabu, 28 Mei 2014

Diploma Kejururawatan, University College Bestari








Tawaran Khas Pendidikan Tinggi Untuk Anak Yatim Atau Miskin


Nota:
1) Rayuan pengurangan yuran pendaftaran berjumlah RM100.00 boleh dipertimbangkan untuk anak-anak yatim atau miskin. 
2) Yuran Pendaftaran RM100 juga untuk pelatih-pelatih PLKN yang berminat.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Azliana di talian 013-3766421.



Darjat Anak Yatim

Tahukah anda perkataan "yatim" disebut berulang kali dan lebih 20 kali di dalam Al-Quran?

Kematian ibu atau bapa menyebabkan seseorang anak itu merasakan sesuatu kekosongan. Kekosongan dari perhatian ibubapa, curahan kasih sayang serta segala aspek hidup dan didikan agama yang diperlukan oleh seorang anak.

Dalam Islam, anak yatim (yang kematian ibu) dan anak yatim piatu (yang kematian ayah, atau ayah&ibu), mendapat perhatian istimewa. Islam juga memerintah umatnya mengambil berat kebajikan mereka, berbuat baik kepada mereka, mengurus harta mereka dan mendidik mereka dengan sempurna sehingga mereka dewasa.

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa 
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang membelai-belai kepala anak yatim kerana Allah, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia seperti ini (sambil Rasullullah s.a.w mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya)." (Hadis Riwayat Ahmad).

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Tahukah kamu orang yang mendustakan hari akhirat? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak memberi makan kepada orang miskin." 
Surah Al-Ma'un, ayat 1-3

Kata Imam Syafie
"Kasihanilah anak-anak yatim kerana Nabi Muhammad sayang kepada orang miskin, kasihanilah anak-anak yatim kerana Rasullullah juga tergolong sebagai anak yatim dan Baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihani anak yatim di akhirat."




Selasa, 27 Mei 2014

Hari Penderma Darah Sedunia

mengapa DERMA DARAH DAN FAEDAH MENDERMA DARAH



Mengapa saya menderma darah?...

Selama menderma darah secara aktif sejak 2 tahun lalu, saya tak pernah terfikir untuk berkongsi pengalaman tersebut kepada keluarga dan rakan-rakan. Pada masa yang sama, saya langsung tak mengkaji tentang kepentingan menderma darah, walaupun banyak kempen menderma darah diberikan di media. Saya hanya tahu menderma sahaja.Hari ini...28/5/2014..tiba-tiba sahaja rasa ingin mencoret sesuatu di blog ini sebagai motivasi pagi. Harap anda semua sudi membacanya :-).

Saya merupakan penderma darah utuh (whole blood) jenis AB+....ada sesiapa dari golongan darah jenis yang sama?. Apa yang menggerakkan hati saya sebelum memulakan langkah pertama menderma darah ialah kata-kata hati bahawa "Aku tak mahu darah aku membazir tumpah di jalan raya sekiranya aku ditimpa kemalangan". 

Selain dari jenis AB+, darah utuh jenis AB-, A+, A-, B+, B-, O + dan O juga sangat diperlukan untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia.

Dari pembacaan saya di blog anizyn.blogspot (thanks! anizyn), seorang penderma boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa. Menyedari kepentingan derma darah menghargai sumbangan penderma, tarikh 14 Jun pula dipilih sebagai Hari Penderma Darah Sedunia yang bertujuan mencetuskan gelombang' atau gerakan derma darah dalam kalangan masyarakat. 


Saya berharap sambutan tahun ini dapat menarik ramai lagi yang sudi menderma darah secara sukarela.

Jom! Kita lihat manfaat atau nikmat kesihatan yang diperoleh penderma apabila menderma darah?. (ini yang membuatkan saya semakin bersemangat untuk 'memanjat Tabung Darah')

1) Antara manfaat utama adalah melindungi jantung dengan mengurangkan tekanan oksidatif. Kajian Persatuan Perubatan Amerika Syarikat menunjukkan, derma darah dapat mengurangkan lebihan atau sisa zat besi dalam darah yang menyebabkan kerosakan sel dan tisu. Malah, peningkatan oksidatif itu amat membahayakan sistem kardiovaskular. Pengurangan ancaman sakit jantung akibat kerap menderma darah, boleh dilihat terutama bagi penderma yang tidak merokok.

2) Bagi wanita menopaus, paras zat besi meningkat kerana tiada haid dan bagi menyingkirkannya serta risiko sakit jantung boleh dielak dengan menderma darah.

3) Apa yang menarik, kajian itu turut mendedahkan, rutin menderma darah setiap enam bulan boleh mengurangkan serangan jantung dan strok kepada peserta kajian itu yang berusia antara 43 hingga 61 tahun.

4) Menangani ancaman kanser Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanser. Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, paruparu, kolon, perut, dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.

5) Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru Apabila darah `dikeluar' dari badan penderma, sel tertentu dalam darah akan menurun. Sebagai menampung kekurangan darah tadi, sel baru akan dihasilkan oleh tulang sum sum. Rangsangan itu menyebabkan darah baru yang dihasilkan, lebih segar.

6) Membantu melawan hemochromitosis Hemochromitosis sejenis gangguan genetik, dikenali juga sebagai gangguan zat besi sarat, yang mana besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolisme besi tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.

7) Membakar kalori. Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.

8) Selain semua faedah penderma, ujian darah dilakukan sebelum menderma darah membantu orang ramai mengenal pasti mengalami penyakit seperti Hepatitis B, Hepatitis C, HIV, sifilis dan malaria. Penderma segera dimaklumkan jika mana-mana ujian ini didapati positif.

MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA DEMI MENYELAMATKAN NYAWA YANG MEMERLUKAN

* Sebanyak 450 ml darah diambil, iaitu kurang dari 1 pain (586 ml). Orang dewasa biasanya mempunyai lebih kurang 5 liter (10-12 pain) darah di dalam badan.

* Proses menderma darah ini akan mengambil masa 7-10 minit, tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang satu jam.

* Mereka yang layak menderma darah berusia 17 tahun ke atas (pengesahan umur diperlukan) dan mempunyai berat badan melebihi 45 kilogram. Pada amnya, pengambilan ubat tidak menjadi halangan untuk menderma darah kerana penerimaan dan penolakan berdasarkan laporan perubatan. Sekiranya anda mengambil sebarang ubat, sila maklumkan sebelum menderma darah.


Ahad, 25 Mei 2014

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI (KTB)


OBJEKTIF KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI (KTB)
  • Menyediakan program kemahiran di peringkat sijil dan diploma bagi melahirkan pekerja mahir  yang berwibawa untuk merealisasikan wawasan negara. 
  • Menampung kekurangan tempat pengajian di institut-institut kemahiran awam dalam usaha mendapatkan Sijil dan Diploma yang sama serta setaraf dengan institut kemahiran awam. 
  • Memberi ilmu dan latihan yang lebih mantap di dalam bidang kemahiran. 
  • Melahirkan tenaga kerja yang berorientasikan industri di peringkat kemahiran tinggi
                                    SYARAT KEMASUKAN KE KTB
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 17 tahun ke atas;
  • Kelulusan akademik sekurang-kurangnya lulus SPM/SPMV.
  • Kelulusan SKM Tahap 2 & Tahap 3 (bagi program DKM Tahap 4)
                                     MAKLUMAT LANJUT....
Klik di Halaman KTB ...

Rabu, 21 Mei 2014

Institut Kemahiran Bestari (IKB)




"Kami melatih anda untuk bekerja kerana 
program latihan kerjaya kami adalah berorientasikan permintaan tenaga kerja"


Kenapa Anda Perlu Memilih IKB

Kursus-kursus yang ditawarkan diiktiraf oleh JPK.
Mengamalkan sistem penilaian 'Standard Operation Procedure' (S.O.P).
Tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman.
Latihan berorientasikan permintaan sektor industri.
Kelengkapan latihan yang digunapakai oleh sektor industri.
Kemudahan sukan dan gelanggang.
Menyediakan program pembangunan insan dan aktiviti sukan dan riadah.



Berwaqaf di Pos dan BSN





Keajaiban Sedekah Waqaf


























Lawatan Ke Rumah Anak Yatim PERKAYA dan UCBestari

















Khamis, 15 Mei 2014

University College Bestari - Majlis Konvokesyen 2013


University College Bestari - Persatuan, Kelab dan Badan Beruniform Pelajar


University College Bestari - Aktiviti Agama


University College Bestari - Kafeteria dan Kupon Makanan


University College Bestari - Naik taraf dari Kolej ke University




Kolej Teknologi Bestari (KTB) di Setiu kini dinaikkan taraf kepada sebuah universiti dan dikenali sebagai Universiti College Bestari (UCB) setelah menerima surat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi pada awal bulan lalu.

Pengerusi Lembaga Pengarah UCB, Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor berkata, usaha untuk menaikkan taraf KTB yang beroperasi pada tahun 1998 telah lama diusahakan.

Katanya, dengan kelulusan itu, UCB akan membuka beberapa pusat pengajian di lima negeri melibatkan di Kuala Terengganu, Kuala Lumpur, Kota Bharu dan Kedah pada tahun depan.

``Kita juga merancang untuk membuka sekurang-kurangnya sebuah pusat pengajian di setiap negeri termasuk Sabah untuk memberi peluang lebih ramai pelajar mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Pelapis Imam & Bilal, Warden & Penyelia Asrama Dan Pengurusan Dewan Makan & Penyediaan Makanan Asrama Gabungan Peyatim di Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) Pulau Kerengga, Marang semalam.

Sehubungan itu, UCB akan menambah kursus-kursus pengajian diperingkat ijazah, ijazah lanjutan dan doktor falsafah serta pengambilan pelajar juga akan ditingkatkan kepada 2,000 orang pada pengambilan sesi tahun depan.

Tambahnya, pada masa ini kira-kira 1,500 pelajar sedang mengikuti sembilan program pengajian antaranya Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Pengajian Teknologi Maklumat dan Diploma Keusahawan.
 







University College Bestari - Bilik Kuliah