Selasa, 15 Julai 2014

"Ini Rumah Sebenar Kita"

Di pagi hari Nuzul Al-Quran yang indah, di tanah Perkuburan Cheras...dialog antara si anak (berumur 7 tahun) dan emaknya.

Anak: Mama, jomlah balik...Mu'az dah tak tahan kena gigit nyamuk.

Mama: Nantilah Mu'az kita baru sampai "rumah Nyang"...sambil tangan mengipas anak dengan surat khabar).

Anak: Rumah Nyang (moyang)?

Mama: Betul...ini akan jadi rumah kita juga...Rumah mama...rumah muaz...rumah babah...rumah semua orang. Rumah kita bukan yang ada kat dunia ni...rumah di dunia ini sementara sahaja.

Anak: (Diam tanda faham)...ooooo...patutlah mama bagi salam kat Nyang tadi (Assalamualaikum Nenek, Lia dan Mu'az datang ni..).

Sunyi seketika hingga habis surah yasin.

Mama: Jom Mu'az kita kemas kubur ni.. Seketika kemudian..."Muaz, kalau mama dah meninggal, kemaskan kubur mama macam kita buat hari ni ok."

Anak: Mu'az tak tahu...Mu'az tak tahu baca Yasin.

Mama: Tak apa, nanti Ustazah kat sekolah ajar.

Lepas kemas semak dan sampah, si anak dan emaknya pun membaikpulih kayu birai kubur.

Anak: Mama, Nyang suka makan apa? Dia pandai masak tak?

Mama: Nyang suka masakan Terengganu. Nyang pandai masak, macam Wan..

Anak: Nyang suka warna apa? Dia suka warna ni ker? (sambil tunjuk cat kayu)..

Mama: Ini warna kayu. Dulu Nyang rajin kemas rumah dia. Hari ni kita tolong kemas kubur Nyang.

Si Anak terus bertanya pelbagai soalan untuk tahu tentang moyangnya. Emaknya di henti menjawab sambil ingatkan anaknya sedekah al-Fatihah untuk kubur-kubur disekeliling. 2 jam berlalu, sampai masa untuk balik.

Anak: Assalamualaikum Nyang...Mu'az dan Mama dah nak balik. Nanti Mu'az datang lagi masa Hari Jadi Mu'az.

Si Emak "????" hairan. Kelu lidah.melihat anak begitu cepat belajar.

Pagi ni...."Mama nanti kita pergi kubur lagi yer!. Mu'az rindu kat Nyang" ...."Boleh" jawab emaknya dalam hati yang berbunga campur terharu...


Jelajah Mencari Anak Yatim, Miskin dan saudara Muslim - Ramadhan 2014


Bermula dari 1 Julai 2014, pihak pemasaran UCB zon Kuala Lumpur dan Selangor dengan bantuan pihak pemerintah setempat, badan-badan kebajikan dan beberapa institusi agama, telah menjelajah di beberapa lokasi perjumpaan yang dihadiri oleh golongan asnaf yang menerima agihan bantuan Ramadhan.

Melalui majlis agihan bantuan Ramadhan tersebut, kami dapat berinteraksi secara terus dengan golongan asnaf dan orang miskin bandar. Sejumlah 3,000 risalah Tawaran Khas Pendidikan Tinggi dan Waqaf PEYATIM diedarkan secara terus kepada mereka yang hadir. 

Semoga usaha ini mendapat keberkatan Allah SWT dan makluman bantuan ini meniti dari bibir ke bibir semua penduduk Kuala Lumpur dan Selangor.

                                 Gambar 1: Majlis Penyampaian Sumbangan anjuran PERKIM 
            (500 orang yang hadir di kalangan saudara baru dan ahli Kelab PERKIM Universiti)

        Gambar 2: Ceramah Bulanan Bersama Ustaz Sharhan Shafie, di Dewan Merak Kayangan, Felda Jln Semarak (500 orang penonton di kalangan Kakitangan Felda).

       Gambar 3: Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf - Program Nur Ramadhan
(500 orang penerima dari peringkat Parlimen Seputeh)

       Gambar 3: Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf - Program Nur Ramadhan
(500 orang penerima dari peringkat Parlimen Wangsa Maju)

       Gambar 4: Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf - Program Nur Ramadhan
(500 orang penerima dari peringkat Parlimen Seputeh)






Ahad, 13 Julai 2014

Skuad Jejak Asnaf Baitulmal Maiwp

Assalamualaikum wr.wbt sahabat, rakan dan taulan,

Hubungi Baitulmal Maiwp untuk salurkan maklumat jika ada asnaf di kejiranan tuan/puan di Wilayah Persekutuan yang belum mendapat bantuan dari Baitulmal Maiwp.

Email. : baitulmal@maiwp.gov.my








Isnin, 7 Julai 2014

Skim Bantuan Persediaan IPT Baitulmal Maiwp

Assalamualaikum wr.wbt.

Skim bantuan ini ditawarkan kepada anak-anak asnaf yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sijil, diploma dan ijazah di IPTA atau IPTS.

Permohonan hendaklah dibuat SEBELUM mendaftarkan diri ke IPTA/IPTS.

Terima kasih.

Yang benar,
AZLIANA BINTI MOHD JELANI

Khamis, 3 Julai 2014

SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA - Menarik!

PELUANG KEEMASAN UNTUK GRADUAN!!

Graduan yang layak dan berminat diminta hadir ke sesi temuduga di lokasi dan tarikh yang diberikan.
Ibu pejabat Tabung Haji , KL - 7/7/2014 (8 pagi - 2 petang)
TH Hotel, Alor Setar - 10/7/2014 (8 pagi - 2 petang)
TH Hotel, K.Terengganu - 14/7/2014 (8 pagi - 2 petang)
TH Negeri Johor - 17/7/2014 (8 pagi - 2 petang)